Tuesday, December 22, 2009

Pernahkah korang merasa hidup kalau dipaksa? Lebih-lebih lagi dalam pelajaran? Suka atau tidak harus diharungi? perghhhh!!

Ini kisah hidup aku, hidup yang melencong ke arah yang SALAH atau BETUL. Aku pun tak tahu tapi ini yang harus aku lakukan hingga kehujung hayat nyawa aku. Aku pun hairan, kenapa baru-baru ini aku sedar dengan kesilapan aku. Itu lah dulu tak nak dengar cakap orang tua.

Kesedaran aku, mula aku rasakan apabila bapa aku menegur aku. Ini bukan kisah tipu ataupun dongeng. Selepas seminggu keputusan SPM diumumkan. Aku tahu apa course yang aku nak ambil iaitu PHARMACY dan bapa aku telah pun memohon untuk masuk ke IPTS. Setelah beberapa hari, aku menerima tawaran untuk masuk ke Universiti Industri Selangor (UNISEL) dalam jurusan Foundation Science. Kos yuran aku RM18k sudah pun dibayar. Inilah saat yang aku paling hargai sangat. Tidak pernah bapa aku membelanjakan wang sebesar itu untuk aku. Setelah selesai aku pun mulakan hidup aku menjadi prasiswazah. Pada hari pendaftaran, aku pergi interview untuk MARA's scholarship untuk melanjutkan pelajaran dalam Degree di overseas. Aku tidak jealous dengan 3 sahabat baik aku yang mendapat JPA's scholarship. well, on that time my result tidaklah gempak macam diorang.

Setelah 2 weeks berada di Unisel. Aku mendapat tawaran untuk masuk ke Kolej Matrikulasi Labuan(KML). Aku pun dalam kekeliruan. Perlukah aku masuk KML? kalau aku teruskan di Unisel. Sudah tentu, aku banyak membelanjakan duit parents aku jikalau meneruskan di Unisel. Dalam masa seminggu, aku telah membuat keputusan. Keputusan untuk masuk ke KML. Pada masa itu, Aku meninggalkan Unisel dengan hati yang keliru. Aku masuk KML seminggu lewat dari yang lain. Perghhh~ Dua hari aku berapa di KML. Baru aku tahu yang pemohonan biasiswa aku untuk MARA diluluskan. Sungguh menyesal dengan kesal. Sudah tentu aku tidak dapat patah balik apa yang aku buat sekarang. Seminggu dua aku di KML. Aku masih belum dapat menyesuaikan diri. Alhamdulillah, aku bertemu dengan Wiron yang sudah tentu kawan yang sama kursus perakaunan dengan aku.

Dalam masa sebulan, aku tidak tahu apa yang aku belajar di KML. Amat sengsara hidup kalau belajar benda baru dengan tanpa minat. Syukur, aku mula sedikit demi sedikit. Agak lembab otak aku memahami akaun , lebih-lebih lagi tanpa ada pertolongan. Di situ aku menyedari aku perlu berdikari sendiri. Tambahan pula, aku tidak rapat dengan schoolmates aku yang lain. Well, sekolah aku dulu agak racist. Aku keseorangan dan kesepian. Dalam masa beberapa hari, aku bertemu dengan Ex MRSM iaitu Faddrine, Joel dan Thailis. Sungguh mesra untuk berkawan. Dan seterusnya, aku bertemu dan berkawan dengan EX st.3ian iaitu Grace,Alicia,Nata,Debra dan etc. Well, semakin hari semakin rapat sehingga sekarang. Disebabkan diorang aku bersemangat di KML.

Hari bertukar hari dan jam berpusing dengan kelajuan yang kita tidak sedar. Aku lulus dengan cemerlang tapi aku masih ragu-ragu course apa yang patut aku ambil untuk melanjutkan pelajaran di peringkat Degree. Well, I dont really interested with Accounting and those something that related with it. Tapi apa akan daya, harus diteruskan. Aku decide course Business Administration di Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM). well, aku pilih ini disebabkan di UKM dibenarkan untuk menukar course pada tahun kedua according to the results. Dah aku katakan aku masih ragu-ragu dengan apa yang aku pilih. Nak ambil Accounting?Finance?Marketing?International Business?Insurance? semua aku tidak minat untuk belajar. Setelah keputusan Semester 1 diumumkan. Aku dimarahi oleh bapa aku. *sigh* yang aku masih ingat until sekarang is apabila dia cakap pasal Unisel yang aku tinggalkan tanpa berfikir. Sehingga sekarang aku menyesal. Tapi Alhamdullillah, aku mendapat tajaan oleh JPA. Sungguh tidak aku sangkakan.

Sekarang, menyesal tak ada gunanya. Hidup sebegini harus di teruskan walaupun sakit.

No comments:

Post a Comment